Tuesday, March 22, 2016

Wirawan dan Wirawati SK Taman Melati

Jutaan tahniah diucapkan kepada beberapa putera dan puteri SK Taman Melati yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Pelajar-pelajar ini telah terpilih bagi mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) bermula 12 hingga 17 Mac yang lalu.

Bola Baling
1. Norliza Elis
2. Najla Batrisyia
3. Adllyn
4. Julita Juzriana

Takraw
1. Mohd Danish
2. Mohd Farish Syazwan b Isma

Gimnastik
1. Ameera Irdina
2. Hannah Yasmeen



Najla
Norliza
Ameera & Hannah







Ameera & Hannah
Addlyn




Julita

Penangguhan Kejohanan Balapan & Padang SKTM

Dukacita dimaklumkan bahawa tarikh Kejohanan Balapan & Padang SKTM kali ke-13 terpaksa ditunda daripada 26 Mac 2016 ke 24 September 2016 disebabkan faktor cuaca yang terlalu panas.

Wednesday, February 24, 2016

Penangguhan sebarang aktiviti kelab / persatuan dan badan beruniform

Sebarang aktiviti yang melibatkan ko-kurikulum seperti kelab dan persatuan serta badan beruniform yang diadakan setiap hari Rabu akan ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak kerana memberi laluan kepada aktiviti rumah sukan dan latihan rumah sukan sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sukan Tahunan SKTMKL 2016.
Harap maklum.

Thursday, February 4, 2016

Setinggi-tinggi tahniah kepada skuad Bola Baling (Lelaki dan Perempuan) SK Taman Melati

Pada 2 hingga 4 Februari 2016 lalu, telah diadakan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) Peringkat Zon Keramat bertempat di Padang DBKL Wangsa Maju Seksyen 2. Seramai 12 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih untuk menyarung jersi pasukan bola baling SK Taman Melati telah dihantar untuk mewakili SK Taman Melati ke kejohanan ini bersama 2 orang guru pengiring.
Dalam kejohanan ini, SK Taman Melati telah menjadi juara kejohanan bola baling kategori perempuan setelah menewaskan SK Wangsa Jaya dalam perlawanan akhir yang sengit dengan mata 1-0. Manakala skuad lelaki terpaksa berpuas hati di peringkat suku akhir setelah dikalahkan oleh SK Wangsa Maju Seksyen 2 dengan mata 2-4.
Walau apa pun keputusannya, pihak SK Taman Melati ingin mengucapkan tahniah kepada kontijen skuad bola baling SK Taman Melati atas komitmen yang dicurahkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru SKTMKL yang terlibat dengan kejohanan ini. Semoga skuad bola baling SK Taman Melati akan mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.