Wednesday, February 24, 2016

Penangguhan sebarang aktiviti kelab / persatuan dan badan beruniform

Sebarang aktiviti yang melibatkan ko-kurikulum seperti kelab dan persatuan serta badan beruniform yang diadakan setiap hari Rabu akan ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak kerana memberi laluan kepada aktiviti rumah sukan dan latihan rumah sukan sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sukan Tahunan SKTMKL 2016.
Harap maklum.

Thursday, February 4, 2016

Setinggi-tinggi tahniah kepada skuad Bola Baling (Lelaki dan Perempuan) SK Taman Melati

Pada 2 hingga 4 Februari 2016 lalu, telah diadakan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) Peringkat Zon Keramat bertempat di Padang DBKL Wangsa Maju Seksyen 2. Seramai 12 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih untuk menyarung jersi pasukan bola baling SK Taman Melati telah dihantar untuk mewakili SK Taman Melati ke kejohanan ini bersama 2 orang guru pengiring.
Dalam kejohanan ini, SK Taman Melati telah menjadi juara kejohanan bola baling kategori perempuan setelah menewaskan SK Wangsa Jaya dalam perlawanan akhir yang sengit dengan mata 1-0. Manakala skuad lelaki terpaksa berpuas hati di peringkat suku akhir setelah dikalahkan oleh SK Wangsa Maju Seksyen 2 dengan mata 2-4.
Walau apa pun keputusannya, pihak SK Taman Melati ingin mengucapkan tahniah kepada kontijen skuad bola baling SK Taman Melati atas komitmen yang dicurahkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru SKTMKL yang terlibat dengan kejohanan ini. Semoga skuad bola baling SK Taman Melati akan mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.